Terkesan dengan drama episod kehidupan yang dipaparkan semalam.....bukan kerana pelakon, suasana mahupun lengok bahasa....namun atas mesej yang diterima....yang seringkali diwar2kan....dicanang2kan.....tentang kebenaran dan kepercayaan.... Mudah benar meletakkan kebenaran...atas logik nya akal...sedang nyata....logik akal itu turut dipertikaikan....pabila tidak seiring dengan kepercayaan.... tidak selari dengan alkisahnya prinsip kehidupan.... Kepercayaan ada ketika nya sukar untuk dizahirkan....namun mudah untuk diresapi...pabila hadirnya ujian.....menilai dan mempertimbangkan kembali.....apa kah yang sebenarnya dikatakan kepercayaan....... Bicara tentang hati....bagaimana agaknya....jika yang hanya ada hasad dengki....? Bicara tentang kebenaran....entah dimana letaknya.....jika yang hanya ada taksub, fanatik, ego.....yang indah khabar daripada rupa.....yang indah cuma lah kata daripada kenyataan yang terzahir......pabila hadir nya ia tanpa suara......yang hanya ada ‘rasa’.....y...