harapan agar impian yang semakin menghampiri.... tidak sesekali melekakan langkahan kaki.... kerana kehidupan ini menuntut kesabaran...menuntut jua redha... atas setiap ketentuan-Nya... dan semestinya kehidupan ini jua memerlukan agar kita mensyukuri.... atas setiap anugerah-Nya.... ku bersyukur pada-Nya atas kehadiranmu... yang bukan sahaja teman.. malah jua pendamping di waktu sukarku... membentengiku daripada segala anasir2 jahat... memberikan ku kekuatan dengan segala daya dirimu.. menghadiahkan ku kepercayaan pada tiap apa yang dirimu miliki... tapi aku turut jua ingin begitu... malah jika boleh lebih daripada itu... kerana aku juga ingin sentiasa menemanimu... mendampingimu pada waktu sukarmu jua... kerana ku mengimpikan...kita bersama sekeluarga.... sehingga akhirnya... Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah... Wallahu'alam...