kisah seorang anak mekanik...
pada ketika mereka malu ber'title'kan anak seorang mekanik...
bukan sahaja tidak ada pada si anak ini...
bahkan tanpa gugup malah penuh bangga menyatakan "bapa aku seorang mekanik.."
malahan sehabisnya sanggup mempertahankan nilai seorang mekanik....
peliknya mereka ini...
yang bukan sahaja pada mereka...malah pada bapa mereka....
entah di mana hinanya kerja ini...
entah siapa yang memberi pengkelasan..
entah atas kriteria apa ianya diukur....
agaknya kerana kotor?...atau berminyak?...atau sebab gris?...
atau mungkin dek sebab jadi 'kuli' orang untuk upah yang tak seberapa?...
lagi pelik nya mereka dan bapa mereka ini.....
bila cakap pasal kerja mekanik...
mereka dan bapa mereka sahaja lah tahu segalanya...
daripada rim tayar sehinggalah ke alas kaki kereta...
bila cakap pasal kadar upah...
mula lah bercakap pasal bayar ansur...
pasal berhutang...kalau tak pun akan dipertikaikan pula pasal kadar upah..
jadilah pula mereka dan bapa mereka ni pakar ekonomi...pakar bab2 kewangan..
ada sahaja yang ingin di pertikaikan....dipersoalkan....
masa berganti masa...
meski anak seorang mekanik ini telah pun menjadi seseorang...
tapi anak seorang mekanik ini masih tetap sama...
masih jua serupa...
yang cuma berbeza....makin bertambah bangga....
bila berkata "bapa aku seorang mekanik"
untuk mu insan yang paling berjasa...
yang bukan dinilai pada tiap kesangsian mereka dan bapa mereka....
tidak juga pada kecetekan ilmu mereka dan bapa mereka...
tapi terletak pada hati nurani seorang bapa...
berkedudukan pada teguhnya pendirian...
kuatnya iltizam...dengan segala kepayahan...
bersama seluruh kekuatan...meski dimamah usia...
meski dirobek hati dan perasaan oleh mereka dan bapa mereka yang pelik belaka...
yang masih lagi seperti tidak sudah sudah.....
mempertikai....mempersoal...
biarkanlah sahaja mereka dan bapa mereka....
kerana pengadilan bukan di sini...
kesaksian pun bukan di sini...
kerana kita bukan siapa siapa di sini...
dan di sini pun bukan apa apa....
bertemu di sana yang kekal abadi...
hanya Dia yang berhak atas segala penghukuman....
oleh itu...
sedayanya anak seorang mekanik ini akan menjaga tiap amalan...
selagi hayatnya dikandung badan...
namamu akan dibawa sehingga ke tanda tinggalannya yang terakhir...
tapi punya kenangan terindah sebagai kisah seorang anak mekanik....
untuk mu...
Al-Fatihah...
Wallahu'alam...
