mana mungkin jalan yang dipilih ini mudah....
pernah dulu aku impikan untuk memilih jalan ini...
meski ku tahu jalan ini penuh dengan liku...
yang turut menuntut kesabaran yang amat tinggi...
bersendiri dalam menongkah arus mana mungkin ku termampu....?
impian yang tidak pernah terkubur dalam hati dan fikiran....
meski adakalanya seperti masa semakin meninggalkan jauh....
namun selagi diizinkan-Nya ianya sentiasa kekal sebagai impian...
mungkin kerana aku masih lagi belum menjadi insan yang terpilih....
kepergian satu nama yang sebesar tiap kiraan hayatku...
pengorbanan tidak ternilai meski pada tiap kiraan luka hatinya...
satu nama yang akan aku bawa sehingga tertulis pada tanda tinggalanku....
membuatkan rasa hati dan fikiran bercelaru menerima akan suatu kenyataan...
namun apa benarkah itu suatu kenyataan...apa benarkah itu suatu hakikat...?
pujuk lah hati...rasionalkan lah fikiran...segala macam andaian dan tafsirkanlah....
meski tahu sekadar ingin memujuk hati...juga mahu mengambil masa dalam menerima pada suatu hakikat...
hakikat bahawa ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....
kehadiran satu nama memungkinkan kembalinya sinar dalam kehidupan...
membawa aku semula kepada jalan yang diimpikan..
meski punya kesedaran yang sama namun perjalanan kali ini berteman...
teman yang seandainya menyatu sehingga ke akhir suatu perhentian.....
bersama dalam jatuh bangun suatu perjalanan....
bersama jua dalam susah payah meneruskan suatu kehidupan duniawi...
dalam kembara menuju keredhaan-Nya.....di akhir suatu perhentian...
asalkan aku...dia...dan dia yang satu lagi bersatu hati...
jangan ada gentar...jangan juga ada putus asa pada setiap yang menghalang...
iktibar disemat pada tiap kesilapan....kesilapan jangan lagi dikesali.....
kerana kesemua adalah dengan ketentuan-Nya...kesemua pun adalah makhluk Allah...di dunia yang fatarmogana terhidang...
tiap ujian itu datang daripada-Nya...Dia juga yang menjanjikan ganjaran...dan janji Allah itu pasti...
Wallahu'alam...
