Skip to main content

umpama melangkah di suatu titian...

umpama melangkah di suatu titian.......
struktur yang nampak teguh...
mengamit kepada langkahan pertama.....
teruji mampu untuk menampung...

lalu langkah seterusnya diatur....
seperti semakin menguji....dan teruji...
minda dan hati masih jua mahu meneruskan....
pada sesuatu yang mencakupi syarat.....

dalam mencongak pada tiap kemungkinan ...
minda mula menguji hati.....
untuk sesuatu yang di luar jangkaan.....
ada ketika nya terjadi sesuatu yang hilang logik nya....

pada ketika membiasakan sesuatu yang belum biasa...
sebegitu mudah hati mempengaruhi minda....
sehingga cukup mengoyahkan 'kewarasan berfikir'....
masih jua kini rasa teruji....masih jua lagi mendepani ujian...

meski naik turun nya kepercayaan hati....
langkahan telah pun sampai di sini....di pertengahan suatu titian....
biar pun masih mendepani pelbagai ketidaktentuan....
sehingga kan perasaan dan minda ada kala nya begitu bercelaru....
tiada jua mahu temui titik temu....
tersedar lah akan minda dan hati.....pada suatu hakikat....
pengharapan hanya pada-Nya....
kerana langkahan ini perlu jua diteruskan....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Popular posts from this blog

hidup...untuk terus hidup.....

fasa kehidupan tercorak pelbagai warna....terlakar berbagai wajah....tertulis dengan begitu banyak cerita..... meski jauh mana pun perjalanan....sulit manapun ujian.....sebanyak mana pun daya yg terhakis.....hingga ada yg terpisah jasad rohani di perbatasan masa......tetap penghujungnya sama....pengharapan...penyerahan semata hanya pd Dia Yang Maha Esa......  belajar atau tidak.....kuat atau tergoyah.....ada yg boleh dipilih....ada yg telah dipilihkan.... perlu berjalan...ada ketika menoleh....banyak ketika dihadang...agar fikiran tidak dipengaruhi.....jiwa tidak jadi rosak.....  untuk hidup....atau untuk terus hidup.....perlu ada benteng....walaupun hanya tinggal jasad sebagai pemisah..... ketentuan Allah adalah rahsia Allah.... wallahu'alam....

adakah 'bahasa' kita sama...?

begitu mudah membaca yang tersurat pada makhluk yang meletakkan diri di tempat   tertinggi……biar dari sudut mana sekalipun.......’mereka’ mampu ‘berputar’……. hanya untuk menjadikan ‘sudut’ itu kekal   menjadi   milik ‘mereka’…….  namun apa kah benar kebenaran nya begitu….? makhluk bisa menyatakan apa sahaja…..bisa jua berbuat apa sahaja…..namun tiap satu daripadanya tetap akan dipertanggungjawabkan kelak….pabila tiba ketika nya…..kesaksian bukan lagi berpihak pada kelebihan…. apa kah ujian itu terasing…tatkala hati yang teruji dan diuji…..sedang menghadapinya…? mungkin makhluk mampu untuk ‘menyahdayakan’ tiap fungsi   deria yang ‘mereka’ ada ‘disini’…..untuk menafikan kebenaran…yang ‘mereka’ juga ‘terpalit’ dengan ujian itu…..tatkala ‘mereka’ mengetahui nya….. namun masih mampu kah pabila berada ‘disana’ yang kekal abadi….? biar pun terdapat sebahagian makhluk yang meletakkan diri ‘mereka’ dihadapan dal...

yang 'lebih' itu....tidak akan 'dihitung?'

biar apa pun yang 'terlihat'....mahu pun yang 'tersembunyi'....tetap akan ada 'perhitungan'....pabila hadir nya suatu 'perutusan'...... biar bagaimana pun 'dinafikan'....yang 'terpapar' itu tetap adalah 'hakikat'....pada yang 'menerima'....mahu pun yang masih 'mendustakan'....... perjalanan kehidupan...sering menyaksikan 'pertembungan'......tentang 'kurang lebih' nya di antara makhluk yang bernama manusia....... biar pun begitu.....tidak kah sebahagian daripada 'mereka' itu 'sedar'....tentang tiap satu yang 'mereka' punyai.....akan 'dipertanggungjawabkan' kelak....pada 'hari' yang 'pembuktian' nya....bukan lagi pada suatu 'kelebihan'...untuk 'diperhitungkan'....dan 'diputuskan'......oleh Dia.....Penentu...Pemutus.....yang Maha Esa.... dan sesungguhnya....Dia sama sekali tidak akan menzalimi...dan Dia juga sama seka...